SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SISC+ PPD SEBERANG PERAI UTARA

Monday 17 February 2014

SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACH + (SISC+)

SISC+ adalah salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) di bawah program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah.  
SISC+  adalah pembimbing guru  yang berdedikasi dan komited untuk
mempertingkat kualiti pengajaran dan  pembelajaran (PdP) di sekolah.
Seseorang guru yang mempamer prestasi yang cemerlang serta memiliki
kemahiran inter dan intrapersonal yang baik merupakan calon yang sesuai
untuk mengisi jawatan ini.  Pegawai yang dilantik sebagai SISC+ akan
ditempatkan di PPD untuk membimbing guru mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Pada masa ini SISC+ hanya akan dilantik untuk tiga mata pelajaran yang dinyatakan sahaja. 

Syarat kelayakan  memohon SISC+ 
1.  Guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Matematik yang sedang berkhidmat dengan
KPM.
2. Memiliki opsyen sekurang-kurangnya  peringkat ijazah sarjana muda dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Matematik.
3.  Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun dalam gred DG41.  Ex-PPLD yang tempoh
perkhidmatannya  setara juga layak memohon.
4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mempunyai pengalaman mengajar dan opsyen
bagi mata pelajaran berkenaan juga layak memohon.
5. Mempamer prestasi cemerlang sebagai guru mata pelajaran berkenaan.
6. Mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dan tidak pernah dikenakan tindakan
tatatertib.

Gred Perjawatan SISC+
Gred jawatan SISC+ adalah DG44 hakiki.

Tatacara Permohonan 
1.  Permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing.
2. Borang permohonan boleh dimuat turun dari portal KPM.
3. Borang yang telah lengkap dan disahkan oleh Ketua Jabatan hendaklah dimajukan ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing atau daerah yang dipohon.
4. Panel PPD akan membuat saringan awal sebelum memajukan borang permohonan yang memenuhi syarat ke JPN masing-masing.
5. Bagi negeri yang tidak mempunyai PPD, permohonan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pelajaran Negeri.
6. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat di bahagian-bahagian KPM
boleh mengemukakan permohonan ke JPN yang berkenaan melalui Ketua Jabatan masingmasing.
7.  Panel di JPN akan membuat saringan kedua sebelum memilih PPP yang akan ditemuduga.
8. Calon yang lulus temuduga sahaja akan dilantik sebagai pegawai SISC+.
9. Calon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh JPN masing-masing.
10. Keputusan panel pelantikan SISC+ adalah muktamad.

Tarikh Permohonan
KPM akan memaklumkan tarikh-tarikh pengambilan pegawai SISC+ melalui portal KPM.  Semua
permohonan hendaklah mematuhi tarikh-tarikh yang ditetapkan.

Penempatan SISC+
1.  Calon-calon yang berjaya akan ditempatkan di PPD berdasarkan;
a.  permohonan yang dikemukakan oleh calon,
b.  keperluan perjawatan dan
c.  kepentingan perkhidmatan.
2.  Keputusan penempatan adalah muktamad.  Sebarang rayuan perlu dikemukakan kepada Ketua
Perkhidmatan.

Waktu Berkerja 
1. Pegawai SISC+ akan bertugas mengikut waktu pejabat di mana pegawai ditempatkan.
2. Pegawai diberi kelayakan cuti mengikut pekeliling perkhidmatan semasa.

Spesifikasi Tugas SISC+ 
PPP yang dilantik sebagai SISC+ bertanggungjawab kepada Pegawai Pelajaran Daerah di PPD yang
ditempatkan.  Tugas utama SISC+ adalah mempertingkat kualiti PdP guru mata pelajaran di bawah
kawalannya ke arah mempertingkat penguasaan dan pencapaian murid.  Selaku SISC+, pegawai akan
memperuntukkan 80%  hingga 90% masa berkerja dengan guru di sekolah.  Di antara tanggungjawab
utama SISC+ adalah;
1.  Memastikan tahap PdP guru-guru di bawah kawalan mencapai standard yang telah ditetapkan.
2. Memastikan tahap pelaksanaan  dasar dan program KPM dijalankan di sekolah.
3. Merealisasikan KPI mata pelajaran yang telah ditetapkan.
4. Meningkatkan tahap profesionalisme, pengetahuan, kemahiran dan sikap diri masingmasing.
5. Merancang dan menyelaras pelaksanaan latihan untuk guru di daerah masing-masing.

Dalam merealisasikan tanggungjawab di atas, skop tugas SISC+ boleh diperincikan seperti jadual di
bawah.

Coaching and Mentoring 
  Membimbing guru meningkatkan teknik pedagogi supaya lebih efektif, kreatif dan inovatif.
 Mencadangkan KPI mata pelajaran kepada sekolah.
 Berfungsi sebagai agen perubahan positif dan menjadi pakar rujuk sumber.
Kurikulum 
  Memberi bimbingan dan kefahaman kepada mengenai dasar dan program KPM seperti MBMMBI, LINUS, KSSR, KSSM, PBS dan lain-lain.
 Menyampaikan maklumat terkini mengenai mata pelajaran dan pelaksanaan penilaian kurikulum dalam bilik darjah.
 Mengenal pasti isu-isu semasa bagi setiap dasar dan program yang berkaitan mata pelajaran masing-masing.
 Membincangkan intervensi yang bersesuaian bagi mata pelajaran yang dibimbing.
Pelaporan (Reporting)
  Melaporkan dapatan penyeliaan dan bimbingan yang telah dilaksanakan kepada PPD setiap dua minggu.
 Menggunakan format pelaporan yang dibekalkan dalam buku panduan.
Jaringan (Networking)
  Melaksanakan perkongsian pintar.
 Melaksanakan  sesi latihan bersama bagi  sekolah-sekolah di bawah kawalan.

Sebagai pegawai yang akan banyak melaksanakan program bimbingan,  pegawai disaran membuat perancangan yang teratur dengan persetujuan Pegawai Pelajaran Daerah.   Pegawai yang dilantik akan
dibekalkan dengan garis panduan untuk membantu kelancaran pelaksanaan tugas.

Latihan 
Latihan dan bimbingan akan diberi kepada pegawai-pegawai yang dilantik sebagai SISC+.

Laluan Kerjaya 
1.  Laluan kerjaya cemerlang untuk SISC+ sedang dibangunkan dan akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.
2. Proses kenaikan pangkat pegawai SISC+ adalah berdasarkan prestasi masing-masing.

No comments:

Post a Comment