SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SISC+ PPD SEBERANG PERAI UTARA

Tuesday 14 May 2019

Mari Mengenal SKPMg2

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat. Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.
Draf SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid. Download

Standard 1 : Kepimpinan

Pengetua / Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pdp. Download
-PGB sebagai Peneraju
-PGB sebagai Pembimbing
-PGB sebagai Pendorong

Standard 2 : Pengurusan Organisasi

Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah. Download
-Pengurusan Sumber Manusia
-Pengurusan Aset
-Pengurusan Kewangan
-Pengurusan Sumber Pendidikan
-Iklim
-Pengurusan Perpaduan
-Permuafakatan Strategik

Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan halatuju sekolah.
Kurikulum Download
-Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
-Pengurusan Mata Pelajaran
-Pengurusan Masa Instruksional
-Pengurusan Penilaian Murid
Kokurikulum Download
-Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
-Pengurusan Kelab / Persatuan
-Pengurusan Badan Beruniform
-Pengurusan Sukan / Permainan
-Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
-Pengurusan Sukan Untuk Semua
-Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum
Hal Ehwal Murid Download
-Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
-Pengurusan Disiplin Murid
-Pengurusan Keselamatan Murid
-Pengurusan Kesihatan Murid
-Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid

Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Download
-Guru Sebagai Perancang
-Guru Sebagai Pengawal
-Guru Sebagai Pembimbing
-Guru Sebagai Pendorong
-Guru sebagai Penilai
-Murid sebagai Pembelajar Aktif

Standard 5 : Kemenjadian Murid

Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan, dan kemahiran, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Download
-Kemenjadian Murid Dalam Akademik
-Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
-Kemenjadian Sahsiah Murid

No comments:

Post a Comment